Tuesday, February 22, 2011

Dah try...Tak dapat-dapat... walaaaa :( Then :)

Hai, selamat pagi semua.


Oh! 2nd time ku usik-usik ia. 2nd time? Yes. 1st time "usik". 2nd time "usik-usik". 3rd time plak? "usik-usik-usik".  Wahaaa... Berfikiran kreatif jarang-jarang tak salah kan? Ia? Siapa tu? Owhhh... Salah satu kekasih baru laa... Siapa? MY BLOG... Masih baru lagi. Jika ia merupakan "MANUSIA", masih dalam kandungan lagi tau. Baru berusia satu bulan lebih. Emmm... Masih tak ada apa-apa perubahan. Sebab ia berlainan konsep sikit. Mungkin lain dari yang lain.


"Dah try... Tak dapat-dapat..." 

Saya nak tidur sebenarnya, tapi tak tertidur tau. Huhuhu... Tu maksud tajuk entry saya ni. Saya dah ulangkaji dan mencari rujukan tentang "5 TYPES OF MATERIALS"dengan mengambil masa selama lima jam dengan harapan otak saya penat. Apabila otak saya penat, ia perlu rehat. Jadi, saya akan tidur dengan nyenyak. Apabila bangun nanti, saya rasa segar dan apa yang saya ulangkaji akan ingat semula. Tapi plan saya pagi ni tak menjadi.


Mungkin sebab setiap hari, saya telan "PHARMATON" capsules dengan tujuan menambah tenaga untuk saya belajar lebih masa selepas kuliah. Normal la agaknya. Ada masa kita akan rasa satu kelainan pada masa-masa tertentu. e eh... Betul ke ayat nie??? heee...


walaaaa :( 

Maknanya saya rasa kurang ceria sebab tak boleh nak lelapkan mata.


Then :) 

Maksudnya, tiba-tiba ku tersenyum sendiri. Why? Sebab pandang pada desktop, terpandang diriku sendiri la... Owhhh!!! Asyik pandang diri sendiri je, apa kata saya pandang awak semua... Ermmm... Jom kita sama-sama tengok saya yang sedang pandang awak semua sekarang ni.



                                        Betul kan saya tengah pandang awak



Apabila terpandang gambar ni, saya tersenyum dengan sendiri. Mungkin saya rasa sangat bahagia dan ceria kerana dapat memandang awak semua. Oleh itu, jom kita berikan senyuman pada sesiapa sahaja. Senyuman awak semua akan nampak manis dan bererti pada orang yang menerimanya atau terpandang, jika ia lahir dari hati yang ikhlas dan tenang. Cubalah nanti. Nanti kita sambung lagi ya. Selamat pagi semua. Take care yourself.


I want to sleep now. I think that my brain already tired and need to rest. I have four hours for class tomorrow morning from 8:30AM-12:30AM.


Thank you for read about this. This is a special GIFT (entry) for my second time for all of you. Enjoy it!




p/s: gara-gara nak blajar tentang blog la nie...