Apa khabar? Harap awak semua sihat ya. Saya rasa ceria sangat hari ni. Tak tahu kenapa. Ermmm.. Pelik tu. Tapi tak pelik pun jika kita tak fikirkan ia.... Betul ke ayat ni? Weeee.... Lain macam je bunyinya apabila dibaca. Janji faham apabila dibaca... Wah... Sekejap lagi dah masuk bulan April. Bulan March atau senang cerita, orang Malaysia seperti saya cakap bulan March ni sebagai "bulan 3".
Berbalik pada bulan 3 ni, bagi saya ia cukup istimewa la. 3? Apa yang istimewanya? Biasa saja.
Pertama, saya memang sinonim dengan nonbor 3 ni. Alasannya, semasa saya belajar di sekolah rendah, saya selalu dapat nombor 3 (tiga) setiap kali ujian bulanan dan peperiksaan dari darjah 1 hingga darjah 6.
Haaaa... Memang jodoh saya dengan nombor tiga agaknya la. Jodoh saya dengan nombor 1 dan 2 ada juga. Tapi unik kan sebab setiap darjah tu, saya akan dapat nombor 1 dan 2 hanya sekali saja. Tapi BEST!!! Setiap darjah 1 hingga 6 saya akan dapat nombor 1 dan 2 sekali saja. Nombor 3 la selalu dalam kelas apabila setiap kali ujian dan peperiksaan. Yang paling BEST!!! Saya hanya akan dapat nombor 1 atau 2 atau 3...Yeah Right!!! Cantik je kan nombor tu... 1,2 dan 3...heee... Saya bukannya seorang yang pandai tapi saya agak bertuah masa tu. Jadi, hingga sekarang nombor 3 tu amat istimewa pada saya.
Dengan rasa HAPPY+CERIA saya bawa buku rekod pulang ke rumah untuk minta tandatangan daripada ayah atau mama. Wow!!! Ibu bapa kita ni amat popular kan mengalahkan artis sebab selalu je bagi tandatangan mereka. Betul tak??? Hik hik hik.. Jika awak semua seorang yang berfikiran kritis, awak akan faham apa maksud tersirat yang cuba saya sampaikan. SELAMAT BERFIKIR dan Beramal...
e-eh... pandang 31/3/2011 ke tu.???
Tarikh hari ni ialah 31/3/2011 kan? Yeah Right!!!
Apabila saya pandang nombor 31 tu... Mungkin saya dapat mencari makna di sebaliknya. Yeah Right!!! 3 adalah bulan March dan 1 adalah January... E-ehhh..January??? Itu bukan bulan saya dilahirkan ke dunia ke??? Yalah... 6 January 1986...Woooo... Dah lepas dah. Tahun ni paling BEST!!! Why? Sebab saya sambut dengan berpuasa. Mama masakkan masakan yang istimewa untuk saya. Saya ingat lagi, kawan saya yang kacak sangat dan baik hati ni, nak saya turun ke Putrajaya, gara-gara nak jumpa. Maklumlah baru kenal kan. Mesti nak jumpa selalu. kekeke... Tapi, maafkan saya ya. Saya tak dapat nak tunaikan permintaan awak masa tu sebab nak puasa dan sambut hari kelahiran saya di rumah bersama mama dan ayah saya. Tapi, saya masih lagi menyambut hari kelahiran saya setiap bulan... ermmm... haaa... Istimewa kan? hik hik hik... Janji saya HAPPY+CERIA=HATI TENANG :-)
Ada lagi tak maksudnya??? erkkk... kui kui kui...
Apa yang saya nampak untuk 31 ni erkkk??? Owhhh... Ya... Cuba awak semua selesaikan masalah kira-kira Matematik yang simple ni. Alaaa... It's easy Right? "3+1=?" This answer is 4. Eeee..BEST!!! Awak semua ni pandai tau... Yeah Right!!! Semua bijak dalam kira-kira ni. "Congak je", kata cikgu Matematik sekolah rendah saya dulu.
Apabila pandang 2011 pula, tiba-tiba terfikir nak beri awak semua soalan yang agak susah sikit sebab ia panjang dan banyak nombor iaitu "2+0+1+1=?". Wahhh... Cepatnya jawab... hihihiii... Jawapannya masih 4 kan? ching ching!!! Nampak $$$$ la pula.
Apabila sebut nombor 4, emosi saya terus berubah. Saya rasa makin ceria sebab nombor 4 tu pada saya bererti bulan April. Wahhh.. Sekejap lagi bulan April akan menjelang. Woooo!!! Saya amat suka dengan bulan April ni. hik hik hik... Tiba-tiba saya tersenyum pula seorang diri ni. Sweet kan??? Dah maksudnya "gula-gula". Mestilah manis. weeee.... Banyak kenangan manis yang tidak dapat saya lupakan. Begitu banyak. Nanti saya kan kongsi dengan awak semua. Maklumlah, sekarang tengah tumpu belajar, tinggal 3 minggu untuk kuliah sebelum Final Exam on May ni.
p/s: orang yang dilahirkan pada bulan April (4), baik hati, senang berkawan dan kacak(lelaki), cantik(perempuan)... hik hik hik...amat serasi dengan bulan Januari... BEST!!! Berkawan+bercinta